Showing posts with label Buku-Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku-Buku. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

DUNIA SAINS AIMAN - BOLA (TERKINI)

Salam,

Petang semalam Mama balik bawa 2 surprise.  Salah satunya ialah buku Dunia Sains Aiman yang terbaru bertajuk Bola.  Aiman belum habis membacanya.  Satu lagi surprise kena tunggu minggu depan - Hari Guru !!!!


Selamat Membaca - Membaca Membina Bangsa Berilmu

AIMAN WORLD

Saturday, April 16, 2011

DUNIA SAINS AIMAN - DARI RUSIA KE MALAYSIA

Salam.

Ini buku Kak Umi yang kedua Mama belikan untuk Aiman. Siri ini banyak cerita mengenai sains.

Dari Rusia ke Malaysia (Dunia Sains Aiman, #2)

AIMAN WORLD

Monday, April 11, 2011

SANGAT-SANGAT GEMBIRA

Salam,

Hari ini Aiman sangat gembira.  Sebab apa tau.  Sebab Kak Umi Kauthar, penulis buku Dunia Sains Aiman menulis komen dalam blog aiman-world.  Bestnya.  Nanti kalau berpeluang, Aiman nak jumpa Kak Umi.
                                   

AIMAN WORLD

Friday, April 8, 2011

DUNIA SAINS AIMAN - KERETA SOLAR

Salam.

Koleksi buku Dunia Sains Aiman kepunyaan Aiman hampir lengkap.  Hanya ada sebuah lagi sahaja yang terkini yang bakal terbit pada 22 April 2011 bertajuk Bola.  Mama minta keputusan yang lebih baik dalam exam akan datang baru boleh belikan.  Buku yang pertama Aiman nak kongsi berajuk Kereta Solar.

Siri Dunia Sains Aiman ini ditulis oleh seorang ibu yang tinggal di Bahrain bersama keluarganya.  Penulis ini bernama Umi Kauthar Abdul Razak. Masa pi Bahrain dulu lupa pulak nak cari penulis buku ini.  Kalau tidak tentu boleh dapatkan tandatangan beliau.


Aiman ialah seorang murid sekolah rendah macam kita.  Dia pandai dan sangat suka buat eksperimen sains.  Mesti dia minat matapelajaran Sains tu.  Aiman telah menyertai minggu sains di sekolahnya.  Aiman mencipta kereta berasaskan tenga solar.  

Dalam pada itu ada murid-murid lain yang dengki dan iri hati dengan usaha Aiman.  Mereka mahu merosakkan rancangan Aiman.  Aiman tetap tabah dan terus berusaha.  Moral pertama dalam buku ini ialah, mereka yang dengki dan iri hati ini terdapat di mana-mana.  Kata Mama kita jangan begitu kerana perasaan dengki dan iri hati akan merosakkan jiwa kita.  Kalau dari muda kita pupuk perangai itu, alamat sampai tua susah nak hilang.

Moral kedua ialah kita mesti jangan cepat putus asa apabila ada yang dengki dan iri hati.  Kita mesti jadikan itu sebagai pendorong untuk terus berjaya. InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang sabar.


AIMAN WORLD

Wednesday, March 30, 2011

BICARA BUKU - DIARY OF A WIMPY KID DOG DAYS

Salam.

Click Here To Read Diary of a Wimpy Kid: Dog Days Online Free                DogDays_SockPuppets  

Buku ketiga yang Aiman ada dalam siri ini ialah Dog Days.  Dalam buku ini Greg dan kawan baiknya, Rowley menghabiskan cuti musim panas dengan menonton filem seram, berenang di kelab (country club), minum smoothies buah-buahan yang banyak dan perlu mencari kerja untuk melangsaikan bil tersebut.

Selamat membaca. NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca

AIMAN WORLD

Saturday, March 19, 2011

BICARA BUKU - DIARY OF A WIMPY KID RODRICK RULES

Salam.



ABANG DIA....... SUKA BULI





Dalam siri yang kedua ini terdapat beberapa tema.  berikut ialah tema-temanya:-

Theme 1 – Jealousy
Theme 2 – Younger Sibling Comparing Himself to His Siblings
Theme 3 – Lack of Awareness to what Others are Going Through
Theme 4 – Kids Can Be Unintentionally Cruel
Theme 5 – Passing the Buck
Theme 6 – Keeping Secrets (is good and necessary)

Nanti Aiman cerita lebih lanjut dalam entry lain.
Chow.

AIMAN WORLD

BICARA BUKU - DIARY OF A WIMPY KID

Salam,
 

Diary of a Wimpy Kid - diary-of-a-wimpy-kid photo


Diary of a Wimpy Kid - diary-of-a-wimpy-kid photo


Hari ini Aiman nak share buku yang Aiman dah baca.  Macam Program Nilam la pulak.  Tak pe.  Ini buku daripada koleksi Diary of a Wimpy Kid. Ia adalah novel dalam bentuk karton, komik atau animasi.  Bacaan ringan yang seronok. Cerita pasal perkara-perkara yang berlaku di kalangan kita hari-hari.

Greg Heffly, dalam buku ini ialah hero.  Greg ini ada sikit wimp atau dalam BM bermaksud seseorang yang kurang berani, kurang kuat atau kurang berkeyakinan diri. Dalam siri ini Greg sering dileterkan oleh emaknya kerana tidak mengikut arahan dengan baik khasnya kerana selalu menulis diari.

Dalam diari atau buku cacatannya Grey menulis pendapatnya mengenai sekolah dan pengalamannya.  Seronok kerana kita juga melalui berbagai pengalaman di sekolah seperti Greg.
Bacalah.......
AIMAN WORLD