Salam.
Keadaan muka buminya datar atau tanah pamah yang dikelilingi oleh gunung dan bukit-bukit serta beriklim gurun. Suhu tertinggi antara 30 C sampai 45 C pada waktu musim panas dan antara 10 C hingga 25 C masa musim sejuk. Masa Aiman di sana suhunya sederhana, tidak panas dan tidak sejuk....nyaman. Keluasan Madinah ialah 589 km.
Ini gambar masjid Nabi. Di dalamnya terdapat makam Rasulullah. Di sini juga terdapat Raudhah, iaitu taman syurga. Sape-sape yang solat di dalamnya pahalanya akan berlipat kali ganda.
Dari Madinah kami ke Mekah. Di sanalah terletaknya Kaabah yang berada di dalam Masjidil Haram. Aiman ikut Mama & Baba bertawaf dan bersaie serta mengguntingkan anak rambut. Di sekitar Masjidil Haram terdapat banyak bekas-bekas air zam-zam. Kita boleh minum bila-bila masa sahaja.
Air zam-zam ini banyak kelebihannya.
Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Haj .ar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida. - Dari Wikipedia.
Hari ini Aiman akan mula kongsi cerita-cerita mengenai lawatan-lawatan Aiman di dalam dan di luar negara. Lawatan ke luar negara yang pertama ialah mengerjakan ibadah Umrah bersama nenek (sebelah Baba) dan ahli keluarga.
Bila dapat berita Aiman boleh ikut pergi umrah, gembiranya bukan kepalang. Kami pergi bersama kumpulan yang terdiri daripada 40 orang. Masa tu Aiman berumur 5 tahun setengah. Kami tiba di Jeddah dan kemudian naik bas ke Madinah. Pada zaman Nabi, kota ini menjadi pusat dakwah, pengajaran dan pemerintah Islam.
Keadaan muka buminya datar atau tanah pamah yang dikelilingi oleh gunung dan bukit-bukit serta beriklim gurun. Suhu tertinggi antara 30 C sampai 45 C pada waktu musim panas dan antara 10 C hingga 25 C masa musim sejuk. Masa Aiman di sana suhunya sederhana, tidak panas dan tidak sejuk....nyaman. Keluasan Madinah ialah 589 km.
Ini gambar masjid Nabi. Di dalamnya terdapat makam Rasulullah. Di sini juga terdapat Raudhah, iaitu taman syurga. Sape-sape yang solat di dalamnya pahalanya akan berlipat kali ganda.
Passport Aiman Visa Umrah
Masjid Nabi di Madinah |
Dari Madinah kami ke Mekah. Di sanalah terletaknya Kaabah yang berada di dalam Masjidil Haram. Aiman ikut Mama & Baba bertawaf dan bersaie serta mengguntingkan anak rambut. Di sekitar Masjidil Haram terdapat banyak bekas-bekas air zam-zam. Kita boleh minum bila-bila masa sahaja.
Air zam-zam ini banyak kelebihannya.
Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Haj .ar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida. - Dari Wikipedia.
Di perkarangan Masjidil Haram