Thursday, April 28, 2011

PARIS DI MUSIM LURUH I

Salam.

Aiman tidak bersiaran beberapa hari.  Balik kelas tambahan, nak buat homework.  Malam Baba pulak tambah lagi bagi buat latihan.  Jadi...penat sikit la. Hari tu Aiman janji nak masukkan gambar Pertandingan Bermadah.  Aiman masih tunggu Cikgu bagi gambar masih belum ada. Jadi kawan-kawan, tungguuuuuuuuu...........

Hari ini Aiman akan cerita  mengenai lawatan ke Peranchis atau France.  Peranchis ini terletak di Benua Eropah. Benua ini ialah yang kedua terkecil di dunia.  Yang terkecil ialah Oceania atau Australiasia.  Benua Eropah terdiri daripada 50 buah negara dan Peranchis ialah salah sebuah. Benua Eropah pula terbahagi kepada 5 kawasan iaiatu Eropah Utara, Eropah Selatan, Eropah Barat, Eropah Timur dan Eropah Tengah. Peranchis dalam kawasan Eropah Barat.

Ibunegara Peranchis ialah Paris dan bahasa rasmi ialah Bahasa Peranchis. Mama kata bahasa depa sangat romantik bunyinya.  Nak belajarnya agak sukar namun tidak mustahil, kata Mama. Depa guna duit yang sama digunakan oleh hampir semua negara Eropah iaitu Euro.  Nilainya lebih kurang 1 Euro bersamaan RM4.50.  Maknanya kalau kita beli barang harga 5 Euro dah jadi RM20.00 lebih.  Pasal tu setiap benda yang Aiman nak beli Mama suruh kira dulu.....

Penerbangan ke Peranchis dari Bahrain mengambil masa 13 jam.  Lenguh semua kaki dan badan Aiman.  Kami diperiksa dengan teliti semasa di airport.  Depa tanya nak pi mana, rumah sapa, ada kenalan tak, berapa banyak bawa duit, bila nak balik dan macam-macam lagi.

Di Pari,s tempat pertama kami lawati ialah Arch de Triomphe.  Ianya seperti pintu gerbang besar. Sebenarnya ia sebuah tugu.  Ia dibina oleh Napoleon pada tahun 1806 untuk meraikan kemenangan Peranchis dalam perang dunia. Kawan-kawan kena cari siapa Napoleon Bonaparte ini.

Baru tiba di lapangan terbang. Aiman dengan Kak Ana.



Aiman dan Mama dok tunggu beg kami

Aiman terlalu penat, tertidur dalam bas 
Di bahagian dalam dan atas tugu ini terukir nama semua panglima dan jeneral yang terlibat dalam peperangan mereka.  Di bahagian bawah ialah kubur askar  dari Perang Dunia I.  Kami menaiki bas untuk ke kawasan ini.  Ada laluan pejalan kaki untuk sampai ke tugu ini iaitu melalui satu terowong.  Di atas tugu ini ada lift untuk naik ke atas.  Pelancong juga boleh naik tangga.  Ada 284 anak tangga. Dari atas kita boleh lihat pemandangan sekitar Paris. Aiman tidak naik atas.




  




Tempat kedua kami  lawati ialah Menara Eiffel. Sangat tinggi, 275 meter.  Aiman terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket dan naik atas.  Masa tu pelancong sangat ramai.  Kami terpaksa bersabar di dalam kesejukan musim luruh di kota Paris.  Menggiggil ..............


Aiman & Mama......sejuk


Beratur nak beli tiket



Aiman di kaki menara

Pemandangan Paris dari atas menara

Key chain yang dijual oleh penjaja jalanan yang kami beli
Ok, sampai sini dulu.  Ada beberapa tempat lagi kami lawati.  Nanti Aiman sambung.

AIMAN WORLD