Wednesday, August 24, 2011

MELAWAT ATUK & NENEK DI KAMPUNG

Salam.

Sebelum puasa hari tu, aku sekeluarga melawat atuk & nenek di kampung.  Kampung aku di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.  Sepupu-sepupu aku ada sama. Kebetulan masa tu musim rambutan dan 3 batang pokok rambutan nenek aku berbuah lebat.  

Semasa di sana juga aku melihat ayah dan ayahlang aku menyembelih ayam.  Mari kita tengok prosesnya.

Ayam yang mana akan disembelih dulu? Bersama sepupu aku, Qayyum. 

Dengan adik Qayyum, Muhammad Muhaimin. Dibelakang tu nenek aku.


Bismillahirrahamanirrahim....

Proses sembelih bermula........

Maka menitislah darahnya ke tanah.........

Ayam yang akan masuk belanga selepas disiang

Bersama sepupu-sepupu aku di bawah pokok rambutan


AIMAN WORLD