Thursday, April 14, 2011

MABUHAY - MANILA, FILIPINA

Salam.

Manila ialah ibunegara Filipina dan merupakan bandaray tertua di Asia.  Pada zama pra- Sepanyol, Manila ialah sebuah empayar kesultana Islam.  Nama Manila berasal dari kalimah Arab Fiamanillah yang bermaksud Dalam Lindungan Allah. Setelah Manila jatuh ke tangan Sepanyol maka semua peninggalan Islam telah dihapuskan dan rakyatnya mula beragama Kristian.

Penduduk Filipina ialah sekitar 85 juta orang.  Matawangnya ialah Pesos dan bahasa ibunda ialah Tagalog.  Aiman sempat ke Manila bersama Mama & Mak Ngah.  Kami menemani Mama yang berkursus di Asian Institute of Management (AIM) selama 1 minggu. Mama naik MAS. Aiman & Mak Ngah naik Air Asia dan kami landing di Clark Airport Manila.  Kemudian Aiman & Mak Ngah ditahan kerana tiada surat kebenaran dari Mama untuk Mak Ngah bawa Aiman.  Rupanya kita kena ada kebenaran untuk ikut orang lain selain ibu dan ayah kita.

Kami cuma berjalan-jalan ke kawasan pusat membeli belah di Manila.  Di Manila terdapat ramai orang yang susah dan setiap kali teksi yang kami naiki berhenti pada lampu isyarat (merah) ramai kanak-kanak datang mengetuk cermin tingkap meminta wang.  Kata pemandu teksi, kalau kita beri mereka akan panggil lebih ramai lagi kawan-kawan untuk meminta.  Mama kasihan melihat mereka.

Bandaraya Manila di waktu malam

Manila City is located in Philippines

Peta Filipina


AIM tempat Mama berkursus




Jalanraya di Manila

   
                                                                     Pengemis kanak-kanak


Walaupun miskin tapi mereka gembira.  Kita patut bersyukur dengan keadaan kita.

AIMAN WORLD