Monday, April 4, 2011

NI HAO MA - BERMAIN SALJI DI BEIJING

Salam.

Aiman pi melawat Beijing pada bulan Dec tahun 2007 bersama-sama dua orang mak saudara Aiman iaitu Mak Ngah dan Mak Lang.  Yang lain-lain ialah kawan-kawan mama dan keluarga mereka.  Waktu itu musim sejuk dan kami sempat pi kawasan bermain ski.

Beijing ialah ibu negara China.  China terletak di Asia Timur dan merupakan negara yang paling ramai penduduknya di seluruh dunia ini.  China ialah negara ketiga tersebesar di dunia. Penduduknya lebih kurang 1,300 juta orang!!! Ramai tu..... Pemerintahnya ialah Parti Komunis China.  Bahasa rasminya Mandarin.  Matawangnya  YUAN CHINA.


Ini visa lawatan Aiman. Tiada visa tidak boleh melawat Negara China





Gambar atas sekali :  Kami di pusat bernain ski.  Aiman paling hujung kiri.

Gambar tengah :  Aiman dan Uncle Ikhwandee di salah sebuah gerai menjual macam-macam kacang.

Gambar bawah sekali :  Kami semua di atas Tembok Besar China,

Lawatan kami termasuk pergi ke kilang batu jed, kilang teh, kilang ulta sutera, Tembok Besar China, menyaksikan persembahan akrobatik dan sebagainya.  Kami juga di bawa melawat ke masjid-masjid lama yang ada di Beijing. Depa dan solat di sana.

Masjid.jpg

Uncle Ikhwandee (kanan sekali), Arwah Uncle Haji Nasir ( dua dari kiri) dan Uncle Anuar di Masjid Nan Dou di Beijing.

Panjang Tembok Besar China ialah 6,400 km dan siap dibina di zaman Dinasti Ming.  Nak naik tembok ini memang penat lebih-lebih lagi semasa musim sejuk.                              





Peta Republik Rakyat China

AIMAN WORLD