Showing posts with label Kembara - Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kembara - Malaysia. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

JALAN-JALAN PULAU PINANG & KEDAH

Salam.

Hari Khamis yang lalu Nenek Aiman datang ke rumah Aiman bersama 2 orang adiknya.  Jadi ada 3 orang nenek iaitu Nek Cik, Nek Su dan Wan (nenek Aiman).  Depa mai jalan-jalan ke Pulau Mutiara.  Pada malam Jumaat tu, Baba bawa depa pi makan Char Kuay Tiaw kat Permatang Pauh.

Keesokan harinya, depa pi jalan-jalan ke Tanjung. Aiman tidak ikut kerana sekolah.  Depa pi Bukit Bendera, Taman Herba dan makan tengahari di Restoren Nasi Kandar Khalil.

Nek Chik dan Wan

Nek Chik, Wan dan Nek Su

Seronoknya depa nak naik Bukit Bendera

Depa naik buggy di Bukit Bendera
Nek Chik sedang posing dekat pokok buluh hitam di Taman Herba

Nek Chik dan Mama sedang mendengar taklimat di Taman Herba.

Pada hari kedua, kami pi melawat Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah dan Muzium Archeology di Merbok. Kami makan tengahari di Restoren D'Sayang, Sg. Petani.


Buah anggur masih kecil.  Dua minggu lagi baru boleh petik

Nek Chik dan Aiman 



AIMAN WORLD

Tuesday, May 10, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA

Salam.

Seminggu lebih Aiman tidak timbul.  Minggu lepas masa cuti Hari Buruh, kami sekeluarga pi rehat-rehat kat Perak.  Kami singgah kat rumah staff Mama yang baru dapat baby.  Namanya Kak Eira.  Baby Kak Eira lelaki. Namanya Syabil.




Kami bermalam di Resort Tasik Raban.  Aiman dan Baba pi memancing.  Esoknya Aiman dan keluarga Kak Eira pi mandi di Lata Kekabu.  Bestnya.....
















Kat rumah Kak Eira, kami makan ikan bakar dan macam-macam lauk-pauk.  




Taraaa........... juadahnya
Kami juga pi ke pusat menghasilkan ikan pekasam.

Mesin menggoreng beras
http://dusunlaman.net/wp-content/uploads/2009/01/pekasam-dari-pekasamnet.JPG

Ikan pekasam yang dah siap

 Aiman goggle resepi pekasam ini untuk kawan-kawan tengok.

Bahan-bahannya: 
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam/lome)
1 cawan garam

Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.  Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.  Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.  Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan. 



Ini lah rupa ikan yang dah dimasak untuk dimakan.  Aiman dah cuba dan Aiman suka.  Kepada kawan-kawan yang belum mencuba, cuba lah..........



AIMAN WORLD