Friday, April 8, 2011

DUNIA SAINS AIMAN - KERETA SOLAR

Salam.

Koleksi buku Dunia Sains Aiman kepunyaan Aiman hampir lengkap.  Hanya ada sebuah lagi sahaja yang terkini yang bakal terbit pada 22 April 2011 bertajuk Bola.  Mama minta keputusan yang lebih baik dalam exam akan datang baru boleh belikan.  Buku yang pertama Aiman nak kongsi berajuk Kereta Solar.

Siri Dunia Sains Aiman ini ditulis oleh seorang ibu yang tinggal di Bahrain bersama keluarganya.  Penulis ini bernama Umi Kauthar Abdul Razak. Masa pi Bahrain dulu lupa pulak nak cari penulis buku ini.  Kalau tidak tentu boleh dapatkan tandatangan beliau.


Aiman ialah seorang murid sekolah rendah macam kita.  Dia pandai dan sangat suka buat eksperimen sains.  Mesti dia minat matapelajaran Sains tu.  Aiman telah menyertai minggu sains di sekolahnya.  Aiman mencipta kereta berasaskan tenga solar.  

Dalam pada itu ada murid-murid lain yang dengki dan iri hati dengan usaha Aiman.  Mereka mahu merosakkan rancangan Aiman.  Aiman tetap tabah dan terus berusaha.  Moral pertama dalam buku ini ialah, mereka yang dengki dan iri hati ini terdapat di mana-mana.  Kata Mama kita jangan begitu kerana perasaan dengki dan iri hati akan merosakkan jiwa kita.  Kalau dari muda kita pupuk perangai itu, alamat sampai tua susah nak hilang.

Moral kedua ialah kita mesti jangan cepat putus asa apabila ada yang dengki dan iri hati.  Kita mesti jadikan itu sebagai pendorong untuk terus berjaya. InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang sabar.


AIMAN WORLD

PUNCAK MUTIARA CAFE

Salam.

Semasa Atuk & Wan datang ke rumah Aiman kami pi makan di Puncak Mutiara Cafe.  Restoren ini pernah dicuba oleh Serina Chef Wan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Ianya terletak di Kg. Pelet, Pulau Pinang. Restorennya terletak di kawasan tinggi.  Terdapat pelbagai tempat dan cara makan disediakan seperti di bawah pondok atau wakaf, di dalam restoren, duduk bersila atau di tepi kolam ikan.  Kita boleh pilih mana yang selesa.


Kami pun cubalah.  Rasanya OK.  Kami mencuba lamb chop, chicken chop, chicken maryland, nasi beriani  dan berbagai air jus.

 
 
 

Kepada yang belum cuba, silalah berkunjung ke sana.

Abang Adli bersama Atuk. 

 Aiman bersama Mama

Mama bersama Wan (Nenek)

AIMAN WORLD