Friday, April 8, 2011

DUNIA SAINS AIMAN - KERETA SOLAR

Salam.

Koleksi buku Dunia Sains Aiman kepunyaan Aiman hampir lengkap.  Hanya ada sebuah lagi sahaja yang terkini yang bakal terbit pada 22 April 2011 bertajuk Bola.  Mama minta keputusan yang lebih baik dalam exam akan datang baru boleh belikan.  Buku yang pertama Aiman nak kongsi berajuk Kereta Solar.

Siri Dunia Sains Aiman ini ditulis oleh seorang ibu yang tinggal di Bahrain bersama keluarganya.  Penulis ini bernama Umi Kauthar Abdul Razak. Masa pi Bahrain dulu lupa pulak nak cari penulis buku ini.  Kalau tidak tentu boleh dapatkan tandatangan beliau.


Aiman ialah seorang murid sekolah rendah macam kita.  Dia pandai dan sangat suka buat eksperimen sains.  Mesti dia minat matapelajaran Sains tu.  Aiman telah menyertai minggu sains di sekolahnya.  Aiman mencipta kereta berasaskan tenga solar.  

Dalam pada itu ada murid-murid lain yang dengki dan iri hati dengan usaha Aiman.  Mereka mahu merosakkan rancangan Aiman.  Aiman tetap tabah dan terus berusaha.  Moral pertama dalam buku ini ialah, mereka yang dengki dan iri hati ini terdapat di mana-mana.  Kata Mama kita jangan begitu kerana perasaan dengki dan iri hati akan merosakkan jiwa kita.  Kalau dari muda kita pupuk perangai itu, alamat sampai tua susah nak hilang.

Moral kedua ialah kita mesti jangan cepat putus asa apabila ada yang dengki dan iri hati.  Kita mesti jadikan itu sebagai pendorong untuk terus berjaya. InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang sabar.


AIMAN WORLD

2 comments:

  1. Terima kasih kerana membaca DSA ya Adik! Selamat maju jaya. Semoga terhibur dan memberi manafaat. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Umi,
    Saya ada semua buku Dunia Sains Aiman. La ni saya dok tunggu yang terbaru- Bola. Mama kata akan belikan kalau keputusan saya baik.

    Kak Umi tulis lah lagi........

    ReplyDelete