Saturday, March 19, 2011

BICARA BUKU - DIARY OF A WIMPY KID

Salam,
 

Diary of a Wimpy Kid - diary-of-a-wimpy-kid photo


Diary of a Wimpy Kid - diary-of-a-wimpy-kid photo


Hari ini Aiman nak share buku yang Aiman dah baca.  Macam Program Nilam la pulak.  Tak pe.  Ini buku daripada koleksi Diary of a Wimpy Kid. Ia adalah novel dalam bentuk karton, komik atau animasi.  Bacaan ringan yang seronok. Cerita pasal perkara-perkara yang berlaku di kalangan kita hari-hari.

Greg Heffly, dalam buku ini ialah hero.  Greg ini ada sikit wimp atau dalam BM bermaksud seseorang yang kurang berani, kurang kuat atau kurang berkeyakinan diri. Dalam siri ini Greg sering dileterkan oleh emaknya kerana tidak mengikut arahan dengan baik khasnya kerana selalu menulis diari.

Dalam diari atau buku cacatannya Grey menulis pendapatnya mengenai sekolah dan pengalamannya.  Seronok kerana kita juga melalui berbagai pengalaman di sekolah seperti Greg.
Bacalah.......
AIMAN WORLD

No comments:

Post a Comment