Saturday, March 19, 2011

HONG KONG DISNEYLAND

Salam,


                                         


Aiman berpeluang pi Hong Kong Disneyland dengan Mama dan Abang Amirul.  Masa tu Aiman 6 tahun.  Sangat seronok cuma agak panas sikit sebab masa tu musim panas. Nanti Aiman cari gambar-gambar lain. Aiman sempat jumpa banyak watak Disney yang selalu kita tonton dalam kartun seperti :-

Mickey & Minnie Mouse, Buzz Light Years, Goofy, Donald Duck, Winnie The Pooh, Alice in Wonderland, Sleeping Beauty, Captain Cook, Cinderella, Peter Pan dan macam-macam lagi.

Di Disneyland ini terdapat banyak kawasan bertema iaitu Main Street USA, Adventureland, Tommorow Land, Fantasyland, Toy Story Land, Grizzly Gulch dan Mystic Point. Tiap-tiap kawasan ini mempunyai berbagai permainan yang boleh kita sertai.

Maklumat dari Wikipedia :-

Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di Penny's BayPulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005.


Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema klasik, iaitu Main Street, U.S.A.AdventurelandFantasyland dan Tomorrowland. Pada tahun 2014, Hong Kong Disneyland bakal merangkumi sejumlah tujuh kawasan bertema selepas ditambah Grizzly TrailMystic Point dan Toy Story Land, yang diumumkan untuk rancangan peluasan Hong Kong Disneyland.


AIMAN WORLD

No comments:

Post a Comment