Wednesday, March 9, 2011

EXAM....OH....EXAM

Salam.

Hari ini hari kedua peperiksaan.  Hari ni kertas Matematik 1, Bahasa Syurga (bahasa Arab la tu....) dan Pendidikan Islam. Semalam BM 1 & 2 dan Matematik 2. Esok kertas English & Sains.

AIMAN WORLD

ANGGERIK BABA

Salam,

Baba suka tanam bunga especially anggerik atau orkid.  Macam-macam jenis ada.  Ini sebahagian daripadanya. Nanti kita ambil gambar yang lain pula.

Ada berbagai warna, ungu, jingga, putih, kuning dan  merah.  Ada berbagai nama. Nanti Aiman tanya Baba,










AIMAN WORLD

AHLAN WA SAHLAN - BAHRAIN

Salam.

Ini lawatan Aiman ke 4 buah negara iaitu Peranchis, England, Belgium dan Belanda.  Mula-mula kami  singgah di Bahrain. Aiman sempat jalan-jalan keliling bandar Manama bersama Kak Ana, Kak Ton dengan ditemani seorang Uncle (tak ingat nama dia.....) yang berasal dari KL dan bekerja di Bahrain.


Dah nak sampai.....

Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain


Aiman & Mama


Hard Rock Cafe Bahrain


Mercu Tanda Bahrain


Kentucky Fried Chicken.  Muka sebek tu sebab tak dapat
 try ayam depa.......


Aiman & Uncle yang baru kami kenal tu....


Ini peta Negara Bahrain.

Bahrain ialah sebuah negara pulau yang terletak di Timur Tengah. Jiran Bahrain ialah Arab Saudi dan Qatar. 

Ibu negara :  Manama
Bahasa Rasmi  : Bahasa Arab
Agama Rasmi  :  Islam
Penduduk  :  > < 700,000 orang
Bukit yang tertinggi  :  Jabal al-Dukhan
Sumber Asli :  Minyak & Gas
Mata Wang  :  Dinar Bahrain

Mata wangnya sangat tinggi.  Satu Dinar bersamaan RM10.00.  Kami hanya beli kemeja T dan fridge magnet. Kami berehat di hotel yang terletak lebih kurang 10 km dari airport.  Makanannya sangat enak!!!  Jam 3 pagi kami bertolak ke airport untuk teruskan perjalanan ke Paris, Peranchis.

Nanti Aiman sambung lagi........

AIMAN WORLD

Tuesday, March 8, 2011

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK - MEKAH & MADINAH

Salam.

Hari ini Aiman akan mula kongsi cerita-cerita mengenai lawatan-lawatan Aiman di dalam dan di luar negara. Lawatan ke luar negara yang pertama ialah mengerjakan ibadah Umrah bersama nenek (sebelah Baba) dan ahli keluarga.  

Bila dapat berita Aiman boleh ikut pergi umrah, gembiranya bukan kepalang.  Kami pergi bersama kumpulan yang terdiri daripada 40 orang.  Masa tu Aiman berumur 5 tahun setengah.  Kami tiba di Jeddah dan kemudian naik bas ke Madinah. Pada zaman Nabi, kota ini menjadi pusat dakwah, pengajaran dan pemerintah Islam. 

Keadaan muka buminya datar atau tanah pamah yang dikelilingi oleh gunung dan bukit-bukit serta beriklim gurun. Suhu tertinggi antara 30 C sampai 45 C pada waktu musim panas dan antara 10 C hingga 25 C masa musim sejuk. Masa Aiman di sana suhunya sederhana, tidak panas dan tidak sejuk....nyaman. Keluasan Madinah ialah 589 km.

Ini gambar masjid Nabi.  Di dalamnya terdapat makam Rasulullah. Di sini juga terdapat Raudhah, iaitu taman syurga.  Sape-sape yang solat di dalamnya pahalanya akan berlipat kali ganda.



               Passport Aiman                                Visa Umrah    



Masjid Nabi di Madinah


Dari Madinah kami ke Mekah.  Di sanalah terletaknya Kaabah yang berada di dalam Masjidil Haram.  Aiman ikut Mama & Baba bertawaf dan bersaie serta mengguntingkan anak rambut.  Di sekitar Masjidil Haram terdapat banyak bekas-bekas air zam-zam.  Kita boleh minum bila-bila masa sahaja.

Air zam-zam ini banyak kelebihannya.

Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Haj .ar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.  Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.    -   Dari Wikipedia.


Di perkarangan Masjidil Haram


Kami dengan rakan Mama


Di Jabal Rahmah
Belakang - Baba, Mama, Abang Amirul & Abang Adli
Depan - Aiman


AIMAN WORLD

Saturday, March 5, 2011

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

HI....

Nama saya Wan Muhammad Aiman Amin bin Wan Mohd Amin. Just call me Aiman. This is my first blog and please feel free to visit anytime. I am 12, almost 12 years old. Bersekolah di SK Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang, Ada 2 orang abang, tiada kakak. Saya ...? Bongsu la.... Baba saya sudah pencen. Dulu-dulu baba bertugas sebagai seorang tentera. Mama masih bekerja.

Saya akan berkongsi buku-buku (kebanyakkannya fiksyen la, kan) yang saya baca, tempat-tempat yang saya lawati, rakan-rakan yang saya kenali, guru-guru yang saya kagumi, nota-nota yang saya temui, pengalaman pahit manis dan lain-lain dengan semua rakan-rakan di luar sana.

Thanks for visiting.

AIMAN WORLD