Friday, July 22, 2011

TEAM BUILDING 2

Salam.

Ini sambungan gambar-gambar program Team Building.

Kakak-kakak fasilitator

Bincang jangan tak bincang... ALPHABET ACTORS

Cantik tak T aku?

Ini T jugak...

Besaq nya U hampa...

Ini huruf apa???

Ini M la kot....


Ini gambar BIGGER & BETTER.  Kumpulan KawwTimm batal sebab tak ikut arahan. 1 objek sahaja....

Susun la cepat sikit...jangan buang masa

Daniel, susun jangan tak susun






Pengadil sedang ukur objek

Kita cari pula BALLON MASTER















Awat reban menara ni......
Nanti kita sambung lain kali.

AIMAN WORLD


Wednesday, July 20, 2011

PROGRAM TEAM BUILDING PELAJAR TAHUN 6 - 1

Salam.

Pada 13 Julai yang lalu kami menyertai Program Team Building  khusus untuk pelajar tahun 6.  Best....... Cuba tengok gambar-gambar kami.  Games yang kami sertai ialah:-

  • Group Formation.  (Aku group 8 dengan Amar dan lain-lain geng.)
  • Ice Breaking
  • Ballon  Master
  • What Am I doing
  • Alphabet Pockets
  • Alphabet Actors
  • Bigger and Better
  • Amazing Race
Yang best sekali Amazing Raze.  Last sekali kami kena sediakan 2 set sandwich.  Lepas tu kami mengisi borang untuk mengetahui apa jenis personaliti kami. Ada 4 jenis personaliti iaitu Choleric, Sanguine, Melancholy dan Phelgmatic. Nak sebut pun susah. Ha... cubalah teka personaliti aku, Lokman, Amar, Izzati, Hisyam, Bainun, Faizzudin, Muhammad, Ilhamy (Hero Malaya), Razif, Fateen..... Cuba teka.

Ada 8 kumpulan semuanya dan setiap kumpulan ada 8 atau 9 ahli.  Nama kumpulan aku - Bestari.  Lain-lain nama ialah Pintar, Geng Genius, Genius Group, Malaysia Genius, Kawwtimm, 5 Star A dan Team Sporting.







 














Ada banyak lagi gambar. Ini baru permulaan.  Lain kali aku upload.

AIMAN WORLD

Saturday, July 16, 2011

SUKAN SEKOLAH KAMI

Salam.

Sukan telah berakhir.  Yang menang telah menang dan yang kalah mesti cuba menang tahun hadapan.  Adat bertanding, kan.  Takkan semua nak menang.  Walau bagaimanapun semua orang seronok. Ada Larian 1 Malaysia lagi....

Tengok lah gambar-gambar kami.

Emak-emak nak tengok anak-anak berlari......



KUNING MEGAH WARNA DI RAJA




PUTERI BUNIAN KUNING JUGA.....



MERAH TANDA BERANI, BETUL KE ??????


BIRU, BIRU, BIRU .........................
 AIMAN WORLD

Tuesday, June 28, 2011

APA KHABAR?

Salam,

Lama tak bercerita. Aiaman sibuk latihan sukan. Balik rumah ulangkaji dengan big boss.  Lepas tu penat. Dan baca 1 buku cerita terus tidur.  Cikgu umum kami akan hadir Program Team Building bulan depan.  Best ke? Best kot....

Enjoy sifir 8 ini.



AIMAN WORLD

Friday, June 10, 2011

CUTI SEKOLAH

Salam.

Cuti sekolah dah nak habis.  Esok Sabtu, lusa Ahad - Isnin sekolah.

Apakah aktiviti cuti sekolah hangpa?  Tentu berbagai.  Aiman asyik kena belajar sahaja.  Balik kampung sat dan pi memancing dengan Ayahlang (bapa saudara) dan sepupu, Qaiyyum. Dan lain-lain hari  belajarrrrrr........... Cuti ini dapat 3 orang kawan baru iaitu Amir, Fakhrullah dan sepupunya Nasrullah.  Kami sama-sama ulangkaji Sains dan Matematik.

AIMAN WORLD

Tuesday, May 24, 2011

PARIS DI MUSIM LURUH III

Salam.

Hari ini kita hanya tengok gambar-gambar semasa di Paris. Gambar lagi.......







AIMAN WORLD

Monday, May 23, 2011

SELAMAT HARI GURU

Salam.

16 Mei ialah Hari Guru.  Sekolah Aiman mengadakan sambutan pada 18 Mei.  Dan Aiman bagi hadiah pada cikgu pada 19 Mei.  Itulah surprise yang kedua yang Aiman sebut tempoh hari.  Aiman beri hadiah pada cikgu-cikgu - hadiah mug.






AIMAN WORLD

Sunday, May 22, 2011

JALAN-JALAN PULAU PINANG & KEDAH

Salam.

Hari Khamis yang lalu Nenek Aiman datang ke rumah Aiman bersama 2 orang adiknya.  Jadi ada 3 orang nenek iaitu Nek Cik, Nek Su dan Wan (nenek Aiman).  Depa mai jalan-jalan ke Pulau Mutiara.  Pada malam Jumaat tu, Baba bawa depa pi makan Char Kuay Tiaw kat Permatang Pauh.

Keesokan harinya, depa pi jalan-jalan ke Tanjung. Aiman tidak ikut kerana sekolah.  Depa pi Bukit Bendera, Taman Herba dan makan tengahari di Restoren Nasi Kandar Khalil.

Nek Chik dan Wan

Nek Chik, Wan dan Nek Su

Seronoknya depa nak naik Bukit Bendera

Depa naik buggy di Bukit Bendera
Nek Chik sedang posing dekat pokok buluh hitam di Taman Herba

Nek Chik dan Mama sedang mendengar taklimat di Taman Herba.

Pada hari kedua, kami pi melawat Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah dan Muzium Archeology di Merbok. Kami makan tengahari di Restoren D'Sayang, Sg. Petani.


Buah anggur masih kecil.  Dua minggu lagi baru boleh petik

Nek Chik dan Aiman 



AIMAN WORLD