Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri aku ucapkan pada semua kenkawan yang aku kenal atau aku tak kenal, yang follow blog aku.  Juga kepada semua guru-guru aku di sekolah. Pada kenkawan jangan lupa lepas raya kita ada UPSR.  Semoga kita semua dapat keputusan cemerlang. InsyaALLAH.


Kasut Raya aku.....

Kasut Raya abang aku...... Nanti dapat duit Raya aku pun nak beli.......
AIMAN WORLD

Wednesday, August 24, 2011

MELAWAT ATUK & NENEK DI KAMPUNG

Salam.

Sebelum puasa hari tu, aku sekeluarga melawat atuk & nenek di kampung.  Kampung aku di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.  Sepupu-sepupu aku ada sama. Kebetulan masa tu musim rambutan dan 3 batang pokok rambutan nenek aku berbuah lebat.  

Semasa di sana juga aku melihat ayah dan ayahlang aku menyembelih ayam.  Mari kita tengok prosesnya.

Ayam yang mana akan disembelih dulu? Bersama sepupu aku, Qayyum. 

Dengan adik Qayyum, Muhammad Muhaimin. Dibelakang tu nenek aku.


Bismillahirrahamanirrahim....

Proses sembelih bermula........

Maka menitislah darahnya ke tanah.........

Ayam yang akan masuk belanga selepas disiang

Bersama sepupu-sepupu aku di bawah pokok rambutan


AIMAN WORLD

Tuesday, August 23, 2011

KEINDAHAN BELANDA

Salam.

Aku nak sambung gambar-gambar semasa ke Belanda.  Enjoy.......









Dalam perjalanan ke Belanda




AIMAN WORLD

Thursday, August 18, 2011

HOLLAND - NETHERLANDS - BELANDA

Salam.

Salah sebuah negara Eropah yang Aiman lawati ialah Belanda.  Belanda ada banyak nama, ada yang panggil Holland dan ada juga yang panggil Netherlands. Netherlands maknanya tanah rendah. 

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda
 
Belanda juga terkenal dengan
·         dike (kincir angin),
·         terompah kayu,
·         bunga tulip
      keju
·         pasukan bola sepak !!

Ini peta Belanda


Bendera Belanda
Ini bendera Belanda

Bunga Tulip

Pasukan bolasepak Belanda
 Ini gambar-gambar Aiman di Belanda.


Bas Persiaran

Sungai di tengah-tengah Amsterdam

Dalam bot

  

Jumpa kawan di dalam bot



Kilang proses keju.... masam baunya




Belajar buat terompah
 
terompah...oh ...terompah

Terompah giant


Kincir angin atau windmill yang terkenal di Belanda.  Hujan masa ambil gambar...




Mai makan kebab

 Nanti kita sambung gambar-gambar di Belanda.

AIMAN WORLD

Tuesday, August 9, 2011

BUKU LAGI....BESTNYA

Salam.

Kegemaran aku membaca buku... apa-apa buku pun ok lah.  Hari Ahad lalu Mama aku balik dari Alor Setar dan bawa balik 3 buku baru.  Aku sangat seronok.  Koleksi aku dah bertambah.  Aku akan simpan koleksi ini sampai ke anak cucu........ Insya Allah.

         



                       Ini semua dalam koleksi Diary of a Wimpy Kid aku.

Cubalah membaca.... banyak pengetahuan am yang kita dapat.

Selamat Membaca.

AIMAN WORLD