Tuesday, May 24, 2011
Monday, May 23, 2011
SELAMAT HARI GURU
Salam.
16 Mei ialah Hari Guru. Sekolah Aiman mengadakan sambutan pada 18 Mei. Dan Aiman bagi hadiah pada cikgu pada 19 Mei. Itulah surprise yang kedua yang Aiman sebut tempoh hari. Aiman beri hadiah pada cikgu-cikgu - hadiah mug.

AIMAN WORLD
Sunday, May 22, 2011
JALAN-JALAN PULAU PINANG & KEDAH
Salam.
Hari Khamis yang lalu Nenek Aiman datang ke rumah Aiman bersama 2 orang adiknya. Jadi ada 3 orang nenek iaitu Nek Cik, Nek Su dan Wan (nenek Aiman). Depa mai jalan-jalan ke Pulau Mutiara. Pada malam Jumaat tu, Baba bawa depa pi makan Char Kuay Tiaw kat Permatang Pauh.
Keesokan harinya, depa pi jalan-jalan ke Tanjung. Aiman tidak ikut kerana sekolah. Depa pi Bukit Bendera, Taman Herba dan makan tengahari di Restoren Nasi Kandar Khalil.
Nek Chik dan Wan |
Nek Chik, Wan dan Nek Su |
Seronoknya depa nak naik Bukit Bendera |
Depa naik buggy di Bukit Bendera |
Nek Chik sedang posing dekat pokok buluh hitam di Taman Herba |
Nek Chik dan Mama sedang mendengar taklimat di Taman Herba.
Pada hari kedua, kami pi melawat Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah dan Muzium Archeology di Merbok. Kami makan tengahari di Restoren D'Sayang, Sg. Petani.
Buah anggur masih kecil. Dua minggu lagi baru boleh petik |
Nek Chik dan Aiman |
AIMAN WORLD
Thursday, May 12, 2011
DUNIA SAINS AIMAN - BOLA (TERKINI)
Salam,
Petang semalam Mama balik bawa 2 surprise. Salah satunya ialah buku Dunia Sains Aiman yang terbaru bertajuk Bola. Aiman belum habis membacanya. Satu lagi surprise kena tunggu minggu depan - Hari Guru !!!!
Selamat Membaca - Membaca Membina Bangsa Berilmu

Tuesday, May 10, 2011
PARIS DI MUSIM LURUH II
Salam.
Kita sambung perjalanan di Paris. Gambar-gambar ini termasuk naik boat di Sg. Seine, Les Invalides, jalanraya yang sibuk di Paris, rumah-rumah, gereja dan sebagainya. Pada sebelah malam kami berehat untuk teruskan perjalanan esok ke Belgium pula.

CUTI-CUTI MALAYSIA
Salam.
Seminggu lebih Aiman tidak timbul. Minggu lepas masa cuti Hari Buruh, kami sekeluarga pi rehat-rehat kat Perak. Kami singgah kat rumah staff Mama yang baru dapat baby. Namanya Kak Eira. Baby Kak Eira lelaki. Namanya Syabil.
Kami bermalam di Resort Tasik Raban. Aiman dan Baba pi memancing. Esoknya Aiman dan keluarga Kak Eira pi mandi di Lata Kekabu. Bestnya.....
Aiman goggle resepi pekasam ini untuk kawan-kawan tengok.
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam/lome)
1 cawan garam
Seminggu lebih Aiman tidak timbul. Minggu lepas masa cuti Hari Buruh, kami sekeluarga pi rehat-rehat kat Perak. Kami singgah kat rumah staff Mama yang baru dapat baby. Namanya Kak Eira. Baby Kak Eira lelaki. Namanya Syabil.
Kami bermalam di Resort Tasik Raban. Aiman dan Baba pi memancing. Esoknya Aiman dan keluarga Kak Eira pi mandi di Lata Kekabu. Bestnya.....
Kat rumah Kak Eira, kami makan ikan bakar dan macam-macam lauk-pauk.
Taraaa........... juadahnya |
Kami juga pi ke pusat menghasilkan ikan pekasam.
Mesin menggoreng beras |
Ikan pekasam yang dah siap |
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam/lome)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam. Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur. Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut. Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.
Ini lah rupa ikan yang dah dimasak untuk dimakan. Aiman dah cuba dan Aiman suka. Kepada kawan-kawan yang belum mencuba, cuba lah..........

Subscribe to:
Posts (Atom)