Friday, October 14, 2011

PROGRAM APRESIASI PELAJAR CEMERLANG SKPTK


Salam.

Hari ini aku cerita sedikit mengenai program yang aku sebut sebagai tajuk entri ini.  Lawatan ini adalah sebagai penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang sepanjang tahun. Program ini ialah Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah-Sekolah Rendah di Luar Negara. Destinasi pertama ialah ke Negara Brunei Darussalam (NBD). Pada asalanya rancangan adalah untuk ke Acheh tapi bila Acheh mula bergoncang lagi maka kami tukar destinasi.

Program ini pertama kali diadakan pada tahun ini dan akan diteruskan di masa akan datang. InsyaAllah.  Maka kepada rakan-rakan di Tahun 1 - 5 tu, belajar lah rajin-rajin supaya dapat menjadi peserta program. Dengar kata tahun depan destinasinya ialah Australia.  Wow.... jangan lepaskan peluang tu.

Lawatan ke NBD ini terdiri daripada 20 orang murid dan 6 orang guru termasuk Guru Besar.

Kami akan lawat dua buah sekolah rendah, join kelas depa untuk satu waktu, buat persembahan, bertukar-tukar fikiran, bertukar-tukar cenderamata.  Kami juga akan meluaskan jaringan rakan-rakan Facebook hingga ke NBD.

Selain daripada itu kami juga akan melawat tempat-tempat menarik di NBD termasuk Istana Sultan. InsyaAllah kami juga akan keudara di Radio Brunei.

Doakan kami selmat pergi & selamat kembali.

Aku baru dapat buku BIG NATE bilangan ke 3. Maka lengkaplah 3 jilid buku itu.....


AIMAN WORLD

Wednesday, September 28, 2011

LAWATAN KE BRUNEI DARUSSALAM


Salam,
Hari Ahad baru ni aku dapat buku baru siri kedua, Big Nate - Strikes Again.  Best giler!!! Cubalah baca....

Semalam, kumpulan kami yang nak pi Brunei ada perjumpaan.  Oo... aku belum cerita lagi pasal tu.  Begini, sekumpulan 20 orang pelajar cemerlang sekolah aku telah dipilih untuk menyertai lawatan ke Negara Brunei Darussalam. Kami akan melawat sekolah-sekolah di sana, masuk kelas depa, pertandingan sukan rakyat, persembahan dan sebagainya.

Aku simpan duit raya baru ni untuk bawak pi Brunei la.  Balik nanti aku update tentang lawatan, ok.

AIMAN WORLD

Saturday, September 24, 2011

BIG NATE

Salam.
UPSR dah selesai. Merdeka lah sat.  Pertamanya mama belikan buku baru yang dijanjikan.  Tajuknya BIG NATE dan seakan-akan WIMPY KID.  OK jugak.


Ada banyak siri.  Ini yang pertama.  Kedua, aku pi berhari raya ke rumah pakcik-pakcok dan makcik-makcik aku..... collection agak baik.  Simpan buat belanja pi Brunei.

AIMAN WORLD

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri aku ucapkan pada semua kenkawan yang aku kenal atau aku tak kenal, yang follow blog aku.  Juga kepada semua guru-guru aku di sekolah. Pada kenkawan jangan lupa lepas raya kita ada UPSR.  Semoga kita semua dapat keputusan cemerlang. InsyaALLAH.


Kasut Raya aku.....

Kasut Raya abang aku...... Nanti dapat duit Raya aku pun nak beli.......
AIMAN WORLD

Wednesday, August 24, 2011

MELAWAT ATUK & NENEK DI KAMPUNG

Salam.

Sebelum puasa hari tu, aku sekeluarga melawat atuk & nenek di kampung.  Kampung aku di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.  Sepupu-sepupu aku ada sama. Kebetulan masa tu musim rambutan dan 3 batang pokok rambutan nenek aku berbuah lebat.  

Semasa di sana juga aku melihat ayah dan ayahlang aku menyembelih ayam.  Mari kita tengok prosesnya.

Ayam yang mana akan disembelih dulu? Bersama sepupu aku, Qayyum. 

Dengan adik Qayyum, Muhammad Muhaimin. Dibelakang tu nenek aku.


Bismillahirrahamanirrahim....

Proses sembelih bermula........

Maka menitislah darahnya ke tanah.........

Ayam yang akan masuk belanga selepas disiang

Bersama sepupu-sepupu aku di bawah pokok rambutan


AIMAN WORLD

Tuesday, August 23, 2011

KEINDAHAN BELANDA

Salam.

Aku nak sambung gambar-gambar semasa ke Belanda.  Enjoy.......









Dalam perjalanan ke Belanda




AIMAN WORLD

Thursday, August 18, 2011

HOLLAND - NETHERLANDS - BELANDA

Salam.

Salah sebuah negara Eropah yang Aiman lawati ialah Belanda.  Belanda ada banyak nama, ada yang panggil Holland dan ada juga yang panggil Netherlands. Netherlands maknanya tanah rendah. 

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda
 
Belanda juga terkenal dengan
·         dike (kincir angin),
·         terompah kayu,
·         bunga tulip
      keju
·         pasukan bola sepak !!

Ini peta Belanda


Bendera Belanda
Ini bendera Belanda

Bunga Tulip

Pasukan bolasepak Belanda
 Ini gambar-gambar Aiman di Belanda.


Bas Persiaran

Sungai di tengah-tengah Amsterdam

Dalam bot

  

Jumpa kawan di dalam bot



Kilang proses keju.... masam baunya




Belajar buat terompah
 
terompah...oh ...terompah

Terompah giant


Kincir angin atau windmill yang terkenal di Belanda.  Hujan masa ambil gambar...




Mai makan kebab

 Nanti kita sambung gambar-gambar di Belanda.

AIMAN WORLD

Tuesday, August 9, 2011

BUKU LAGI....BESTNYA

Salam.

Kegemaran aku membaca buku... apa-apa buku pun ok lah.  Hari Ahad lalu Mama aku balik dari Alor Setar dan bawa balik 3 buku baru.  Aku sangat seronok.  Koleksi aku dah bertambah.  Aku akan simpan koleksi ini sampai ke anak cucu........ Insya Allah.

         



                       Ini semua dalam koleksi Diary of a Wimpy Kid aku.

Cubalah membaca.... banyak pengetahuan am yang kita dapat.

Selamat Membaca.

AIMAN WORLD

Thursday, July 28, 2011

BUKU CERITA BARU

SALAM

Mama aku baru balik dari KL malam tadi dan aku dapat 2 buah buku baru.  Aku pesan yang lain tapi belum ada dijual, kata mama. LA NI TENGAH TRIAL EXAM.....tension, tension.

Ini pun ok.  Thank you, Mama.



AIMAN WORLD.

Monday, July 25, 2011

TEAMBUILDING 3

 Salam.

Ini gambar-gambar lagi.  Enjoy.....
1.  What  Am I Doing?

Mula-mula seorang peserta tengok gambar.  Tengok betul-betul.

Kemudian mai khabaq pada seorang lagi peserta

Khabaq betui-betui, terang-terang...

Akhir sekali peserta-peserta lain cuba gambarkan dan lukis apa yang dikhabaqkan

2)  Know Your Country
Tampal betul-betul



Ustaz jadi hakim ka?

3)  The Amazing Race

Tugasan 1



 Tugasan 2 - di perpustakaan


Tugasan 3 - di makmal



Tugasan terakhir - buat sandwich. Bainun tu pandai ke buat sandwich?


Penyokong-penyokong tegar


Master Chef dari SKPTK








Pengadil sedang memberi markah

Amar dah lapaq kot.....

4)  Personality Profiling

Baca.  Kalau tidak faham tanya

Choleric ke? Sanguine ? Phlegmatic ke?

Pening kepala aku nak pilih ni

Aku yang mana ni?

Hisyam.....




Abang fasilitator sedang tekun membuat catatan
Berakhir lah sudah siri gambar teambuilding kami.  InsyaAllah kita akan mengadakan acara lain pula lain kali. Tunggu.......

AIMAN WORLD